Jan 4, 2013

Some Words of Advice :)

Assalamualaikum people :')

                    Nak share siket dengan korang. Saya punya mood tak berapa nak stabil malam nih. Bukan sebab bad mood, but kesedihan tahap sedih yang sangat sedihhhh~ Tetiba hati rasa nak menjerit and meletup. Penat dah menahan segala benda yang ada kat dalam. Cuba bertahan and bertahan, tapi hakikatnya, saya tak kuat. Saya LEMAH. Lemah sebab dia.

                    Tapi lepas dah dapat some support dari sorang kawan saya nih, saya rasa macam nak bangkit balik dari bawah and lawan perasaan2 tak menentu nih. Dia bagi kata2 semangat yang buat saya tersenyum walaupun masa tu air mata tengah meleleh macam 'tsunami'. Hati saya tetiba rasa bersemangat & rasa kuat untuk lupakan semuanya dan move on. Leaving all of this behind. Mungkin salah saya sendiri sebab terlalu menaruh harapan & biarkan hati ni untuk terus menunggu. Then last2, sendiri jugak yang sakit.

                    Tak ape lahh, mungkin ade pengajaran & hikmah di sebalik semua nih. Tak semua benda yang kita nak kita dapat kan. Mungkin ini salah satu ujian dari Allah untuk mengajar saya menjadi lebih peka dan lebih kuat. Ujian untuk saya ingat Dia sentiasa ada di sisi tak kira kita tengah susah or sedih macam mana sekali pun. Syukur, Alhamdulillah. Saya masih boleh bertahan kerana Dia Yang Satu.

                    Saya akan cuba dan terus cuba sampai saya betul2 berjaya dapat buang orang tu dan perasaan ni jauh2. Tak kira betapa banyak 'halangan' sekali pun, saya akan tetap cuba! Saya tak salahkan dia buat saya jadi macam ni tapi saya rasa macam nak benci dah kat dia. Cuma tak boleh laa nak buat macam tu kan. Tak elok benci benci ni. Kang lama lama jadi suka balik. Jadi senang cerita, saya akan lakukan semua ini step by step. Ia mungkin akan sakit, tapi sekurang-kurangnya hati saya takkan resah, gelisah & sakit lagi macam sekarang ni :') InsyaAllah.

*Anyway, kat bawah ni haa yang saya dah bagitau tadi tentang kata-kata kawan saya 
yang dah buat semangat saya naik & buat hati saya jadi tersenyum balik :)
Mungkin korang jugak boleh ambil these 'Words of Advice' untuk diri korang sendiri.
Just in case it helps if you're having the same problem as me. 


That's all from me.  Have a happy life.
Salam :)

-Stay Safe and ThankYou (:-

No comments: